CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 24, 2009

Best dapat join usrah...


Usrah adalah keluarga. Bermakna takde usrah tak adalah keluarga. Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan di kalangan ahlinya untuk melakukan kerja-kerja Islam dengan lebih mantap selain perkongsian ilmu.
Tegur menegur dan nasihat-menasihati adalah asas kepada kekuatan jamaah. Seperti yang disarankan dalam surah Al-Asr "Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran..."
Bukan mudah untuk menegur dalam perkara kebenaran&bukan mudah juga untuk menegur tanpa menyinggung perasaan seseorang. Bukan mudah juga untuk sabar dalam menegur dan mengajak orang lain bersabar. Apatah lagi bila yang ditegur itu lebih dari kita samada dalam ilmunya, statusnya atau 'anginnya'. Tapi itulah yang diajar dalam Islam. Itulah yang diajar dalam Surah Al Asr "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran."
Semua ini boleh dipraktikkan dalam usrah kerana ahli usrah adalah ahli keluarga. Dalam usrah juga dapat diperkukuhkan ikatan ukhwwah malah dapat dipertingkatkan lagi mutu ukhwwah atau persaudaraan di antara ahli usrah. Itu adalah kelebihan usrah. Kemanisannya hanya dapat dirasai bila pelaksanaannya menepati kehendak usrah .
Inilah kerugian besar yang didapati bila tidak berada dalam program usrah. Lama tak berusrah menyebabkan kotak pemikiran pun sedikit jumud kerana lama tidak diasah dan digasak dengan perbincangan dengan ahli usrah. Perbincangan yang terbimbing, perbincangan yang menjadikan sirah perjuangan nabi-nabi dan para sahabat sebagai garis panduan dan idola. Perbincangan yang peringkat awalnya adalah perbualan dan pandangan teori kepada peringkat amalan dan perbuatan. Semuanya tidak mampu dilakukan secara sendirian. Nabi SAW berpesan "Orang mukmin bagi seorang mukmin yang lain ibarat bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain."


0 comments: