CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

hukuman atau tarbiah?

salam 'alaik...

anjang baru shj bc utusan online td. hmmm...hukuman sebat ke atas kartika dipersoalkan. apa yang anjang bc, katanya tarbiah itu lebih penting daripada hukuman fizikal.

“Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan inti pati dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, apabila mengenakan hukuman (terhadap pesalah) proses tarbiah sepatutnya lebih penting berbanding hukuman fizikal kerana ia sejajar dengan sifat Islam yang simpati dan belas kasihan kepada umatnya.”

begitulah keadaannya masyarakat hari ini. kenapa apabila hukuman Allah ingin dijalankan, pelbagai soalan dikemukakan? padahal ketika mereka itu memberi 'green light' kepada pelbagai jalan dosa dan maksiat, tidak pula dipersoalkan?

benar, Islam itu penuh dengan nilai-nilai murni yang tidak boleh dinafikan...tapi bukankah ada di dalam sirah Nabi SAW bahawa seorang wanita pernah meminta agar dirinya direjam kerana dia telah melakukan penzinaan? adakah wanita zaman sekarang berani melakukan dosa tetapi takut untuk menerima hukuman atau adakah wanita zaman Rasulullah SAW itu takut melakukan dosa tetapi berani menerima hukuman? siapakah yang lebih berani sebenarnya...

jika dilihat dalam isu Kartika ini, beliau sendiri sudah bersedia untuk menerima hukuman sebat tersebut. tetapi ada pulak yang mempersoalkan hukuman fizikal ke atas wanita, seolah-olah wanita itu terlalu lemah dan tidak patut dikenakan hukuman. sedangkan setiap yang membuat keburukan dan kejahatan patut menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan, tambahan pula jika hukuman itu memang disebutkan dalam Al-Quran yang mulia. nampaknya sudah ramai yang berani mempersoalkan hal-hal agama samada dari sudut ibadah, hukuman, syariat dan sebagainya...Allhua'lam...

~moga diri-diri yang menyatakan keimanan terhadap Tuhannya tetap terus dalam perjuangan dan sentiasa berada dibawah lindungan kerahmatan Tuhannya~

0 comments: