CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 24, 2009

Usrah tapak luncur perjuangan

Terasa ingin menitiskan air mata dan amat bersyukur pada Ilahi kerana Allah telah mengurniakan ssya usrah khazinatul asrar.Bermula daripada adik2 tahun 1, sehingga sekarang, apabila melihat wajjah2 adik2 khazinatul asrar, saya yakin, merekalah jundiyyah-jundiyyah yang akan menaburkan wangian tarbiyyah islamiyyah di perbukitan ilmu UKM ini khususnya.Saya sedar, saya hanya manusia dha'if,tidak layak rasanya untuk memegang usrah ini. Tapi, saya tekadkan hati, walau macammana pun, saya akan jadikan usrah ini sebagai tapak luncur kami untuk berjuang.Saya amat memerlukan mereka. Tanpa mereka, siapalah saya,mungkin diri ini tidak punya pengisian. Insan-insan ini telah banyk menghiburkan hati saya, sehinggakan saya dapat merasakan mereka benar2 adik kandung saya. Kami saling lengkap melengkapi.Ya Allah, berkatilah usrah kami, sesungguhnya, pertemuan kami ini telah Kau rancang, dan jadikanlah pertemuan kami ini segalanya keranaMu.Sia-sialah amalan kami jika tidak keranaMu.Lapangkanlh dada kami dengan limpahan kurniaan Iman dgn keindahan redha dengn Qadha' dan Qadar Mu.

Dalam pertemuan usrah kami di rumah ucu, kami telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan blog kami sendiri. Tidak lain dan tidak bukan, ianya adalah satu medan pertemuan kami dan medan perkongsian ilmu. Nasyid Mujahid setia dan bingkai kehidupan dijadikan sebagai trademark sbg tiupan hamasah. Namun, nasyid bukan penentu kepada semanagt perjuangan, tetapi asasnaya adalah faham( al fahmu al daqiq).
Kami juga menyentuh tentang permasalahan ahli gerakan dakwah sekarang.Bagamaimana ingin menarik kembali sahabat2 yang hampir "sunyi". Kami juga besepakat untuk membuat kajian tentang SPKG, kesan kepada mahasiswa. Isu yang agak menarik juga disentuh tentang propaganda-propaganda yang dalam Islam di relatekan dengan gerakan-garakan mahasiswa sekarang.

Isu Gerakan Muslimat juga agak menarik di bahaskan. Persoalan dari angah, kenapa ahli gerakan muslimin menegcewakan sehinggakan muslimat terpaksa mengambil alih tugas muslimat. Ya, mungkin cabaran untuk ahli gerakan muslimin untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti muslimin yang semakin membimbangkan. Ala kulli haal, muslimin dan muslimat saling memerlukan dalam bergerak kerja. Perlukan pada wehadatul fikr dan wehdatul amal. Untuk mencapainya, salamatussadr perlu di tanam dalam hati.


Wa akhiran, harapan saya, semoga usrah ini diberkati Allah, dilindungi hati-hati ini, dipelihara di bawah linduagan rahmatNya.
"islam untuk semua, indahnya Islam

0 comments: