CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 15, 2009

Student=Customer, Customer Always Right!!

Mahasiswa sering dikaitkan dengan ikon belia negara. Sebagai contoh, mahasiswa Thailand menjadi jurubicara masyarakat, begitu juga di Indonesia. Akan tetapi, mahasiswa di Malaysia jauh berbeza berbanding 2 negara itu. Boleh dikatakan berstatus 'tidur' dek penangan AUKU yang sememangnya digubal untuk menyekat suara mahasiswa. 

Sedar tak sedar, hanya sekelompok mahasiswa yang menyedari kuasa mahasiswa, lantang bangkit mendepani isu. Lagi di desak, lagikan agresif pihak kerajaan atau pihak pentadbiran cuba menghentikan kebangkitan mahasiswa. Satu perkara yang mungkin menjadi punca kebanyakan mahasiswa tidak sedar akan kepentingan mereka dalam universiti. Mahasiswa merupakan pelanggan kepada Universiti dan 'customer always right!'.

Contoh sangat jelas adalah yuran yang dikenakan yang tidak jelas. Apabila suda langsai hutang, muncul pula yuran khas kolej. Ada pula tambahan-tambahan yang lain. Bak kata seorang sahabat, berdosa bagi mereka yang mengambil harta orang yg sedang menuntut ilmu.
Mungkin GMUKM harus membawakan sesuatu mengenai ini dalam manifesto akan datang.

Selain itu, kita lihat pula sistem baru yang diperkenalkan kepada mahasiswa/i baru. Bagaimana seorang pelanggan dilayan seperti pelajar sekolah rendah? Dasar budak sekolah sangat jelas dipraktikkan di kolej-kolej. Menggunakan kuasa Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) yang retorik. Konsep melahirkan multiperson kononnya. Namun perlaksanaan SPKG tidak diselaraskan di setiap kolej-kolej dan juga di fakulti. Malah ada juga pensyarah berpangkat professor tidak tahu menahu mengenai SPKG, lalu dibiarkan mentee2nya terkapai-kapai dan tersepit oleh ujikaji sistem ini. Di mana keberkesanannya? Timbul juga persoalan adakah ia mendapat pengiktirafan? bagaimana SPKG mendapat pengiktirafan jika perlaksanaannya sangat teruk?

Prof Hamzah, pakar petrologi berkata " We want to produce pure Geologist. Bukan pakar dalam bidang pengurusan persatuan. Sudahlah kursus geologi dipendekkan menjadi 3 tahun. Ditambah pula dengan bebanan tugas perkara-perkar yang bukan keutamaan." ujarnya apabila isu jadual Ko-kurikulum pengurusan persatuan pelajar menindih subjek major iaitu pemetaan geologi. " Pihak pengurusan Ko-kurikulum sepatutnya membentangkan perubahan yang mereka lakukan kepada semua pensyarah-pensyarah. Seandainya para pensyarah telah berbincang dan bersetuju barulah unit Kokurikulum boleh putuskan. Ini adalah penting agar tiada pertindihan jadual berlaku dan mahasiswa tidak disibukkan dengan perkara remeh temeh," katanya lagi.

Sebenarnya, saya selaku mahasiswi tahun 2 sangat merasai keperitan menjadi bahan uji kaji ini. Bermula dari SPKG, rombakan kursus-kursus geologi, penukaran bahasa pengantar kursus2 geologi ke bahasa inggeris dan pengasingan unit Ko-kurikulum. Apakah mahasiswa yang lahir pada tahun 2011 nanti boleh menandingi mahasiswa yang lahir 4 5 tahun sebelumnya????


0 comments: