CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 9, 2010

Alam sekolah

"Ustazah, daniel kencing..". Rungut seorang pelajar tahun 1. Jam menunjukkan 5.40 ptg, lima minit lagi kelas akan berakhir.
"Aduh, mcmne ni.."Saya bermonolog ,sambil pergi ke arah Daniel. Saya menjadi panik. Bayangkan, saya dah lama tidak mempunyai adik kecil.Jadi tidak pernah "mengandle" kes sperti ini.Saya terus pergi jumpa guru yang menhajar di sebelah kelas saya. Katanya, cikgu sendiri yang kena basuh.

Baiklh, saya sahut cabaran ini.Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga:).

Mengajar budak-budak kecil darjah satu hingga darjah tiga agak mencabar. Dengan karenah-karenah adik-adik kecil yang perlu dilayan dan ada yang tidak perlu dilayan. Pucuk pangkalnya, 'we need to sycho them and ourself''.

Sebelum memnagajar, adik-adik diwajibkan solat dhuha berjemaah berimamkan di kalangan mereka sendiri. Saya amat terpegun dan kagum melihat kemmapuan mereka. Selepas itu, diperuntuukan setengah jm untuk membaca al Quran dan Iqra dengan guru kelas masing. Sungguh menenangkan keadaan disini. Pada hari jumaat pula, mereka akan mengahafaz surah yasin dan surah-surah yang berkaitan. Apabila berdepan dengan adik adik kecil ini, saya rasa amat tenang walaupun keadaan di sekolah itu hanya berdindingkan playwood, walaupun hampir terkeluar anak tekak, walaupun berpleuh-peluh dek kepanasan, tetapi saya rasa amat berbaloi.

"Ustazah aishah baik, tapi garang", kata seorang pelajar pada saya ketika saya belanja makan. Hm, wallhu a'lam, apa yang penting saya rasa amat bersyukur kerana pengalam berpersatuan seblum ini mengajar saya untuk bermasyarakat. Majoriti dari kalangan mereka anak orang profesioanal, yang "loaded". Saya amat mengharapkan mereka semua ini dapat menjadi aset negara dan masyarakat untuk kebanggan Islam.




0 comments: