CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik '09


jom beramai-ramai memeriahkan malam anugerah ini. ghugi dop g!!! =)

Tuesday, September 29, 2009

isu SPKG

Salam mahasiswa..

Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) telah diperkenalkan kepada pelajar Tahun 1 sesi akademik 2008/2009. Sistem ini dibangunkan bagi membuat penilaian Kompetensi Generik (KG) pelajar, memantau proses penilaian KG dan megawal selia proses penilaian tersebut yang mana objektifnya ialah:

1. Memudahkan pengguna dalam mencapai maklumat secara interaktif dan mendapatkan maklumat yang mempunyai ciri-ciri mesra pengguna
2. Memudahkan penilai untuk mencapai maklumat pelajar yang hendak dinilai.
3. Membolehkan pihak pentadbir atau urusetia memantau kelancaran perjalanan proses penilaian.
4. Mengurangkan masa penilaian pelajar berbanding menggunakan kertas.

Pada akhir pengajian pelajar akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK KG yang diperolehi sepanjang berada di UKM. Kompetensi generik pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM. Aspek yang dinilai dalam pemarkahan termasuklah:

o HPP1- Pengetahuan
o HPP2- Amali dan Psikomotor
o HPP3 - Tanggungjawab Sosial
o HPP4 - Menghargai Alam Sekitar
o HPP5 - Etika, Moral dan Profesionalisme
o HPP6 - Kerohanian
o HPP7 - Komunikasi
o HPP8 - Kepimpinan
o HPP9 - Kerja Berpasukan
o HPP10 - Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan Keputusan
o HPP11 - Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
o HPP12 - Pembelajaran Sepanjang Hayat
o HPP13 - Kemahiran Globalisasi
o HPP14 - Kemahiran Keusahawanan
o HPP15 - Kemahiran Pengurusan

Pada pandangan peribadi saya, Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) ini adalah merupakan satu sistem yang baik bahkan disokong kerana mampu menunjukkan soft skills mahasiswa yang mana hal tersebut merupakan elemen penting bagi seorang mahasiswa kelas pertama. SPKG ini mampu mendorong seseorang mahasiswa untuk terus bergiat aktif bagi memenuhi setiap kriteria yang diinginkan.

Namun begitu, beberapa perkara perlu diperhalusi dan ditambahbaik lagi bagi menambahkan keberkesanan sistem ini terhadap mahasiswa. Sebagaimana yang diketahui, kolej menyumbang sebanyak 51% markah penilaian terhadap mahasiswa melalui sistem mentor-mentee. Jika dilihat hal ini menyebabkan mahasiswa terpaksa banyak aktif di kolej sahaja. Memang benar, sebagai warga kolej sepatutnya mereka menyumbang bakti kepada kolej. Tetapi bukan semua pelajar berkesempatan untuk melakukan hal tersebut. Adakah anda pernah mendengar atau mengucapkan ayat ini, “Kat sini ada dua je, mana yang aku nak letak ni? Padahal banyak jawatan aku ni. Sia-sia jelah kalau aku tak letak semua. Nanti rendah pulak SPKG aku ni.”? Mengikut SPKG, pelajar hanya dibenarkan untuk mengisi dua jawatan penting yang sedang dijawat oleh mereka dalam persatuan-persatuan yang terdapat di pusanika dan juga di fakulti. Hakikatnya, pelajar lebih aktif dalam persatuan yang terdapat di Pusanika dan juga fakulti tetapi pemarkahan di situ terhad. Pergerakan pelajar terkongkong di kolej dan barangkali akan dikuburkan segala persatuan yang luar daripada kolej. Pada pandangan saya, pembahagian penilaian ini seharusnya ditimbang balik dan diperhalusi lagi agar selari dengan semangat keaktifan seseorang mahasiswa itu.

Mengikut sistem SPKG ini, fakulti menyumbangkan 13% yang mana meliputi aspek HPP5, HPP7, HPP8, HPP9, HPP10, HPP11 dan HPP12. Andainya diteliti, HPP10 melibatkan penilaian berkenaan kaedah saintifik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan autonomi dalam pembuatan keputusan. Saya ingin bertanya adakah semua fakulti ada melibatkan pelajarnya dalam kaedah saintifik? Jika ya, maka benarlah sistem ini. Jika tidak, HPP10 dicadangkan untuk dirombak balik agar relevan berdasarkan realiti dan keperluan semasa sesebuah fakulti itu seperti Fakulti Pendidikan Islam (FPI).

Kata orang, tak kenal maka tak cinta…kata orang juga, hanya jauhari yang mengenal manikam. Benar bukan? Hanya yang memahami sahaja boleh menghakimi seseorang. Cuba kita letakkan situasi ini kepada kaedah penilaian pensyarah terhadap pelajar. Berapa ramai pensyarah yang benar-benar mengenali pelajar yang ingin dinilainya? Adakah seluruh mahasiswa/I dalam dewan kuliah kokurikulum dan subjek universiti benar-benar dikenali oleh pensyarah PPP dan PPU? Kalaulah seorang pensyarah boleh menilai dengan baik 100 – 200 pelajarnya, saya ingin menabik hormat mereka. Hebat benarlah jika realitinya begitu. Baguslah andainya pelajar itu dinilai mengikut kebolehan mereka sebagai ‘mahasiswa’, bukan sebagai ‘artis jalanan’ yang hanya suka menarik perhatian tanpa sebarang kebolehan.

“Aku ni lebih suka sukan la…bukan buat program..” Saya ingin bertanya adakah di dalam SPKG itu terdapat penilaian untuk sukan? Walhal minat dan kecenderungan seseorang mahasiswa itu adalah berbeza. Ada yang lebih cenderung ke arah sukan dan sebaliknya. Bagi penggiat sukan yang aktif dalam SUKEM, MASUM dan sebagainya…bagaimana mereka ini dinilai? Berikut adalah petikan ucapan teks ucapan Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sempena Majlis Anugerah Sukan UKM Ke- 19 pada 23 Februari 2009 (Isnin), 8.30 pm bertempat di De Palma Hotel, Ampang. “Kalau kita lihat di negara-negara maju, mereka sentiasa berupaya meningkatkan prestasi atlet mereka dari semasa ke semasa melalui penyelidikan sains yang dibuat sepanjang masa. Kita seharusnya memanfaatkan kepakaran yang ada di kementerian pengajian tinggi dan kementerian belia dan sukan serta universiti seperti dalam bidang pendidikan jasmani, biomekanik dan perubatan sukan untuk kemajuan sukan universiti khususnya dan negara amnya.” Justeru, saya mencadangkan agar HPP16 diwujudkan yang melibatkan penilaian dalam bidang sukan. Mahasiswa harus intelek, mahasiswa harus aktif.

Secara keseluruhannya, saya menyokong sistem ini cuma terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti dan diperhalusi lagi. Walaupun hal ini masih di peringkat awal, namun penat lelah seorang pelajar demi SPKG ini perlulah dititikberatkan juga. Ada yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu program, tetapi markahnya tetap rendah. Adakah penilai tidak meneliti dengan baik? Atau adakah dia itu layak dinilai begitu? Atau adakah sistem yang bermasalah? Sistem pemarkahan yang jelas dan sistematik perlulah diwujudkan bagi mengelakkan timbulnya masalah kekeliruan untuk menilai dan ketidakpuasan hati orang yang dinilai.

Sekian,

Sakinah Binti Nik Muhammad Naziman,
http://zigaki.blogspot.com

Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri

Selamat Hari Raya~~ (^.^)

TULUS IKHLAS DARIPADA

AIDA RAHAYU BT MOHD BADRI

KHAS BUAT ADIK BERADIK

USRAH KHAZINATUL ASRAR (^.^)

Selamt berjuang untuk akhir2& Ramadhan Salam Eidul Fitr

Sala fi aakhir Ramadhan..Salam Eidul Fitr

Kepada semua anak-anak usrah khazinatul asrar.Akak mohon maaf atas segala salah silap dan yang tersengaja. Jangan lupa peranan kita sebagai hamba Allah, daie', ahli gerakan dakwah, anak kepada mak ayah, mahasiswa, sebagai kakak, adik dan lain-lain. Tagugjawab kita memg banyak. Berikan hak yang terbaik untuk semua. Jaga kesihatan untuk Islam. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah dari segala fitnah dunia dan kubur. Mohon kita semua saling mendooakan agar kita semua di beri hidayah dan taufiqNya agr terus tsabat pada jalan Allah.

Kullu Aam Wa Antum Bikhair

-Islam tidak memrlukan kita, tetapi kita memerlukan Islam-:) Fi amanillah..Siiru ala barakatillah:)

Tuesday, September 15, 2009

Student=Customer, Customer Always Right!!

Mahasiswa sering dikaitkan dengan ikon belia negara. Sebagai contoh, mahasiswa Thailand menjadi jurubicara masyarakat, begitu juga di Indonesia. Akan tetapi, mahasiswa di Malaysia jauh berbeza berbanding 2 negara itu. Boleh dikatakan berstatus 'tidur' dek penangan AUKU yang sememangnya digubal untuk menyekat suara mahasiswa. 

Sedar tak sedar, hanya sekelompok mahasiswa yang menyedari kuasa mahasiswa, lantang bangkit mendepani isu. Lagi di desak, lagikan agresif pihak kerajaan atau pihak pentadbiran cuba menghentikan kebangkitan mahasiswa. Satu perkara yang mungkin menjadi punca kebanyakan mahasiswa tidak sedar akan kepentingan mereka dalam universiti. Mahasiswa merupakan pelanggan kepada Universiti dan 'customer always right!'.

Contoh sangat jelas adalah yuran yang dikenakan yang tidak jelas. Apabila suda langsai hutang, muncul pula yuran khas kolej. Ada pula tambahan-tambahan yang lain. Bak kata seorang sahabat, berdosa bagi mereka yang mengambil harta orang yg sedang menuntut ilmu.
Mungkin GMUKM harus membawakan sesuatu mengenai ini dalam manifesto akan datang.

Selain itu, kita lihat pula sistem baru yang diperkenalkan kepada mahasiswa/i baru. Bagaimana seorang pelanggan dilayan seperti pelajar sekolah rendah? Dasar budak sekolah sangat jelas dipraktikkan di kolej-kolej. Menggunakan kuasa Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) yang retorik. Konsep melahirkan multiperson kononnya. Namun perlaksanaan SPKG tidak diselaraskan di setiap kolej-kolej dan juga di fakulti. Malah ada juga pensyarah berpangkat professor tidak tahu menahu mengenai SPKG, lalu dibiarkan mentee2nya terkapai-kapai dan tersepit oleh ujikaji sistem ini. Di mana keberkesanannya? Timbul juga persoalan adakah ia mendapat pengiktirafan? bagaimana SPKG mendapat pengiktirafan jika perlaksanaannya sangat teruk?

Prof Hamzah, pakar petrologi berkata " We want to produce pure Geologist. Bukan pakar dalam bidang pengurusan persatuan. Sudahlah kursus geologi dipendekkan menjadi 3 tahun. Ditambah pula dengan bebanan tugas perkara-perkar yang bukan keutamaan." ujarnya apabila isu jadual Ko-kurikulum pengurusan persatuan pelajar menindih subjek major iaitu pemetaan geologi. " Pihak pengurusan Ko-kurikulum sepatutnya membentangkan perubahan yang mereka lakukan kepada semua pensyarah-pensyarah. Seandainya para pensyarah telah berbincang dan bersetuju barulah unit Kokurikulum boleh putuskan. Ini adalah penting agar tiada pertindihan jadual berlaku dan mahasiswa tidak disibukkan dengan perkara remeh temeh," katanya lagi.

Sebenarnya, saya selaku mahasiswi tahun 2 sangat merasai keperitan menjadi bahan uji kaji ini. Bermula dari SPKG, rombakan kursus-kursus geologi, penukaran bahasa pengantar kursus2 geologi ke bahasa inggeris dan pengasingan unit Ko-kurikulum. Apakah mahasiswa yang lahir pada tahun 2011 nanti boleh menandingi mahasiswa yang lahir 4 5 tahun sebelumnya????


"Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah, bersama!"

Assalamualaikum w.r.t.
Terkesima saya apabila saya mendapat msj dari kakak ipar saya, bertaya apa itu usrah?Rupa-rupanya,beliau sudah buka dan baca blog usrah khazinatul asrar ini. Subhanallah. Saya sempat borak dengan kakak ipar saya tentang usrah. Kakak ipar saya tidak pernah melibatkan diri dengan usrah.Selepas berbincang, beliau minta agar usrah di buat dalam keluarga kami nanti balik raya!:)Ya Allah, suasana ini yang aku amat impikan.-
Saya melihat, ini adalah satu momentum untuk keluarga saya. Mungkin sahabt-sahabt sudah lama mulakan usrah di dalam keluarga sahabat.Ya, keluarga saya, ade, tetapi amat jarang. Berkumpul, tetapi ianya tanpa secara formal.Secara formal ade, tetapi hanya apbabila esmua berkumpul balik raye.Pada masa itu saya terfikir, adakah sesuai untuk perkenalkan musywarah , usrah dalam keluarga kamu?Alangkah indah, ilmu dan pengalaman yang ada pada adik-beradik saya diterjemahkan. BPR, cikgu, ustazah, peniaga, imam, penganggur, semuanya boleh berkongsi.Semoga Allah ikatkan hati-hati kami.Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah,  bersama!