CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 25, 2009

hukuman atau tarbiah?

salam 'alaik...

anjang baru shj bc utusan online td. hmmm...hukuman sebat ke atas kartika dipersoalkan. apa yang anjang bc, katanya tarbiah itu lebih penting daripada hukuman fizikal.

“Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan inti pati dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, apabila mengenakan hukuman (terhadap pesalah) proses tarbiah sepatutnya lebih penting berbanding hukuman fizikal kerana ia sejajar dengan sifat Islam yang simpati dan belas kasihan kepada umatnya.”

begitulah keadaannya masyarakat hari ini. kenapa apabila hukuman Allah ingin dijalankan, pelbagai soalan dikemukakan? padahal ketika mereka itu memberi 'green light' kepada pelbagai jalan dosa dan maksiat, tidak pula dipersoalkan?

benar, Islam itu penuh dengan nilai-nilai murni yang tidak boleh dinafikan...tapi bukankah ada di dalam sirah Nabi SAW bahawa seorang wanita pernah meminta agar dirinya direjam kerana dia telah melakukan penzinaan? adakah wanita zaman sekarang berani melakukan dosa tetapi takut untuk menerima hukuman atau adakah wanita zaman Rasulullah SAW itu takut melakukan dosa tetapi berani menerima hukuman? siapakah yang lebih berani sebenarnya...

jika dilihat dalam isu Kartika ini, beliau sendiri sudah bersedia untuk menerima hukuman sebat tersebut. tetapi ada pulak yang mempersoalkan hukuman fizikal ke atas wanita, seolah-olah wanita itu terlalu lemah dan tidak patut dikenakan hukuman. sedangkan setiap yang membuat keburukan dan kejahatan patut menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan, tambahan pula jika hukuman itu memang disebutkan dalam Al-Quran yang mulia. nampaknya sudah ramai yang berani mempersoalkan hal-hal agama samada dari sudut ibadah, hukuman, syariat dan sebagainya...Allhua'lam...

~moga diri-diri yang menyatakan keimanan terhadap Tuhannya tetap terus dalam perjuangan dan sentiasa berada dibawah lindungan kerahmatan Tuhannya~

semua itu pilihan Allah

salam 'alaik kepada semua...

moga-moga ukhwah antara kita terus kekal hingga ke akhirnya. Alhamdulillah kerana Allah telah mengurniakan adik-beradik yang baik-baik semuanya kepada anjang. hmmm...alangkah bagusnya kalau orang lain pun dapat merasai nikmat ini kan? tapi, bila tengok keadaan sekarang...ternyata benarlah bahawa hidayah itu daripada Allah, manusia hanya boleh berusaha tetapi yang akan menentukannya adalah Allah.

kenapa tiba-tiba nak berbicara pasal ini? sebab kalau tengok keadaan sekarang, kita rasa kita perlukan mereka-mereka itu untuk terus membantu kita dan melincinkan gerak kerja. kita rasa mereka memang layak untuk itu. kita rasa shbt2 yg lain perlu bersama kita dalam medan ini. tetapi, semua itu adalah pilihan Allah. andai mereka punyai kekangan tertentu, samada dari diri masing2 atau kekangan lain...maknanya Allah belum izinkan untuk mereka bersama kita, maka redhalah. sesungguhnya manusia merancang dan Allah merancang, perancangan Allah lah yang terbaik...kan? redhalah dan terimalah dengan hati yang terbuka...

tapi berdoalah moga Allah membuka hati-hati mereka untuk menerima hidayahNya, berdoalah moga hidayah Allah turun kepadanya. bukan hanya hidayah Islam yang kita perlukan, bahkan kita perlukan hidayah dan petunjuk daripadaNya untuk terus menjalankan gerak kerja...

Monday, August 24, 2009

Usrah tapak luncur perjuangan

Terasa ingin menitiskan air mata dan amat bersyukur pada Ilahi kerana Allah telah mengurniakan ssya usrah khazinatul asrar.Bermula daripada adik2 tahun 1, sehingga sekarang, apabila melihat wajjah2 adik2 khazinatul asrar, saya yakin, merekalah jundiyyah-jundiyyah yang akan menaburkan wangian tarbiyyah islamiyyah di perbukitan ilmu UKM ini khususnya.Saya sedar, saya hanya manusia dha'if,tidak layak rasanya untuk memegang usrah ini. Tapi, saya tekadkan hati, walau macammana pun, saya akan jadikan usrah ini sebagai tapak luncur kami untuk berjuang.Saya amat memerlukan mereka. Tanpa mereka, siapalah saya,mungkin diri ini tidak punya pengisian. Insan-insan ini telah banyk menghiburkan hati saya, sehinggakan saya dapat merasakan mereka benar2 adik kandung saya. Kami saling lengkap melengkapi.Ya Allah, berkatilah usrah kami, sesungguhnya, pertemuan kami ini telah Kau rancang, dan jadikanlah pertemuan kami ini segalanya keranaMu.Sia-sialah amalan kami jika tidak keranaMu.Lapangkanlh dada kami dengan limpahan kurniaan Iman dgn keindahan redha dengn Qadha' dan Qadar Mu.

Dalam pertemuan usrah kami di rumah ucu, kami telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan blog kami sendiri. Tidak lain dan tidak bukan, ianya adalah satu medan pertemuan kami dan medan perkongsian ilmu. Nasyid Mujahid setia dan bingkai kehidupan dijadikan sebagai trademark sbg tiupan hamasah. Namun, nasyid bukan penentu kepada semanagt perjuangan, tetapi asasnaya adalah faham( al fahmu al daqiq).
Kami juga menyentuh tentang permasalahan ahli gerakan dakwah sekarang.Bagamaimana ingin menarik kembali sahabat2 yang hampir "sunyi". Kami juga besepakat untuk membuat kajian tentang SPKG, kesan kepada mahasiswa. Isu yang agak menarik juga disentuh tentang propaganda-propaganda yang dalam Islam di relatekan dengan gerakan-garakan mahasiswa sekarang.

Isu Gerakan Muslimat juga agak menarik di bahaskan. Persoalan dari angah, kenapa ahli gerakan muslimin menegcewakan sehinggakan muslimat terpaksa mengambil alih tugas muslimat. Ya, mungkin cabaran untuk ahli gerakan muslimin untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti muslimin yang semakin membimbangkan. Ala kulli haal, muslimin dan muslimat saling memerlukan dalam bergerak kerja. Perlukan pada wehadatul fikr dan wehdatul amal. Untuk mencapainya, salamatussadr perlu di tanam dalam hati.


Wa akhiran, harapan saya, semoga usrah ini diberkati Allah, dilindungi hati-hati ini, dipelihara di bawah linduagan rahmatNya.
"islam untuk semua, indahnya Islam

Ukhuwwah itu indah..kekalkan ia sehingga ke husnul khatimah..


Best dapat join usrah...


Usrah adalah keluarga. Bermakna takde usrah tak adalah keluarga. Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan di kalangan ahlinya untuk melakukan kerja-kerja Islam dengan lebih mantap selain perkongsian ilmu.
Tegur menegur dan nasihat-menasihati adalah asas kepada kekuatan jamaah. Seperti yang disarankan dalam surah Al-Asr "Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran..."
Bukan mudah untuk menegur dalam perkara kebenaran&bukan mudah juga untuk menegur tanpa menyinggung perasaan seseorang. Bukan mudah juga untuk sabar dalam menegur dan mengajak orang lain bersabar. Apatah lagi bila yang ditegur itu lebih dari kita samada dalam ilmunya, statusnya atau 'anginnya'. Tapi itulah yang diajar dalam Islam. Itulah yang diajar dalam Surah Al Asr "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran."
Semua ini boleh dipraktikkan dalam usrah kerana ahli usrah adalah ahli keluarga. Dalam usrah juga dapat diperkukuhkan ikatan ukhwwah malah dapat dipertingkatkan lagi mutu ukhwwah atau persaudaraan di antara ahli usrah. Itu adalah kelebihan usrah. Kemanisannya hanya dapat dirasai bila pelaksanaannya menepati kehendak usrah .
Inilah kerugian besar yang didapati bila tidak berada dalam program usrah. Lama tak berusrah menyebabkan kotak pemikiran pun sedikit jumud kerana lama tidak diasah dan digasak dengan perbincangan dengan ahli usrah. Perbincangan yang terbimbing, perbincangan yang menjadikan sirah perjuangan nabi-nabi dan para sahabat sebagai garis panduan dan idola. Perbincangan yang peringkat awalnya adalah perbualan dan pandangan teori kepada peringkat amalan dan perbuatan. Semuanya tidak mampu dilakukan secara sendirian. Nabi SAW berpesan "Orang mukmin bagi seorang mukmin yang lain ibarat bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain."


Sunday, August 23, 2009

Salam Ukhwah...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kerana selepas resolusi usrah Khazinatul Asrar pada malam semalam, maka wujudlah blog usrah kami ini. Alhamdulillah...
Moga-moga kewujudan blog ini akan mengeratkan lagi ukhwah antara kami abadan abada yang akan menanggung kesusahan bersama, berkongsi rahsia hati bersama, mendamaikan hati yang kegelisahan, merawat luka-luka rohani dan jasmani dalam perjuangan, bahu-membahu untuk terus thabat dalam perjuangan...insyaAllah...
buat Ummi Shah...syukran kerana telah membimbing kami hingga siapa kami sekarang...

Ini Langkahku...Shoutul Harakah

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman