CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 14, 2010

Feminisme ?




Kata saya pada anak murid lelaki darjah 1 Bilal : “ Ustazah nk tengok siapa yang hebat, yang lelaki ke perempuan.Siapa yang cepat ingat doa Qunut”.
Ternyata, perempuan  yang cepat ingat dan paling lantang bacaan mereka.
“Ok anak-anak murid, bagi tepukan pada perempuan”. Saya memberi perangsang pada anak-anak perempuan  dan lelaki agar mereka berusaha untuk menghafaz doa Qunut.
Kata Alan, anak murid lelaki” Ala ustazah, mesti ustazah duk sebelah perempuan, sebab ustazah perempuan.”
Waah, saya tersenyum sejenak. Saya menjelaskan kenapa saya berbuat demikian. Saya yakin, anak murid lelaki boleh sebenarnya, kena lebih rajin lagi. :)
Apabila masuk darjah 3 :
Kata anak murid lelaki juga, Amir Nafiz, selaku ketua kelas 3 saidina Ali “ Ustzah, kenapa bila perempuan mintak nak pergi tandas, ustazah bagi je pergi 2 orang, tapi bila lelaki nak ke tandas, ustazah  suruh seorang je, ustazah tak bagi pergi 2 orang? Tak aci ni ustazah. “(sambil mencebik muka).
Saya tersenyum lagi. Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak murid yang “suka bertanya”.:)
Kelas ni pula terbalik. Lelaki lebih advance. Doa qunut, semua anak murid lelaki ingat, tetapi, anakmurid perempuan pula yang tak ingat.
Saya cuba guna metod macam saya lakukan di kelas darjah 1 bilal.
“ Ustazah, budak permpuan tak pandai. Menyussahkan je ustazah. Biar kami je yang baca.Ustazah dah lama suruh hafal, diorang tak ingat-ingat juga, pemalas’.
Saya tahu, niat Amir, untuk memberi semangat pada kawan-kawan perempuan untuk lebih tekun menghafal.
Saya meminta Amir selaku ketua kelas untuk membantu mengetuai bacaan doa qunut dan ajar untuk mengumandangkan azan dan iqamat.Amir tidak berputus asa. Dia mempunyai gaya seorang pemimin. Saya mengharapkan dia mampu menjadi pemikir dan pendokong Islam.
Saya amat rindukan suasana bersama sahabt-sahabat di UKM. Saya tidak peroleh di sini, tatpi , saya perlu terjemahkan apa yang sudah saya timba di UKM.Alam masarakat penuh dugaan. Kadang-kadang kita hebat bercakap di alam kampus, tapi ada yang kecundang bila terjun ke alam masyarakat. Moga diri ini tsabat, dan selalu dalam keadaan peliharaan Allah dan di bawah naugan rahmatNya.


Sunday, May 9, 2010

Alam sekolah

"Ustazah, daniel kencing..". Rungut seorang pelajar tahun 1. Jam menunjukkan 5.40 ptg, lima minit lagi kelas akan berakhir.
"Aduh, mcmne ni.."Saya bermonolog ,sambil pergi ke arah Daniel. Saya menjadi panik. Bayangkan, saya dah lama tidak mempunyai adik kecil.Jadi tidak pernah "mengandle" kes sperti ini.Saya terus pergi jumpa guru yang menhajar di sebelah kelas saya. Katanya, cikgu sendiri yang kena basuh.

Baiklh, saya sahut cabaran ini.Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya juga:).

Mengajar budak-budak kecil darjah satu hingga darjah tiga agak mencabar. Dengan karenah-karenah adik-adik kecil yang perlu dilayan dan ada yang tidak perlu dilayan. Pucuk pangkalnya, 'we need to sycho them and ourself''.

Sebelum memnagajar, adik-adik diwajibkan solat dhuha berjemaah berimamkan di kalangan mereka sendiri. Saya amat terpegun dan kagum melihat kemmapuan mereka. Selepas itu, diperuntuukan setengah jm untuk membaca al Quran dan Iqra dengan guru kelas masing. Sungguh menenangkan keadaan disini. Pada hari jumaat pula, mereka akan mengahafaz surah yasin dan surah-surah yang berkaitan. Apabila berdepan dengan adik adik kecil ini, saya rasa amat tenang walaupun keadaan di sekolah itu hanya berdindingkan playwood, walaupun hampir terkeluar anak tekak, walaupun berpleuh-peluh dek kepanasan, tetapi saya rasa amat berbaloi.

"Ustazah aishah baik, tapi garang", kata seorang pelajar pada saya ketika saya belanja makan. Hm, wallhu a'lam, apa yang penting saya rasa amat bersyukur kerana pengalam berpersatuan seblum ini mengajar saya untuk bermasyarakat. Majoriti dari kalangan mereka anak orang profesioanal, yang "loaded". Saya amat mengharapkan mereka semua ini dapat menjadi aset negara dan masyarakat untuk kebanggan Islam.