CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 4, 2009

Kisah Pemuda dan Kanak-Kanak

Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.
Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan ''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...

Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.

Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;

''how was this student just now?''

Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;

''Fabulous!! ''

Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.

Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)

Moral of the story

1. Senantiasa hiasi diri anda dengan kata-kata yang postitif & senyuman, agar dunia melihat anda senantiasa postif, dan apa yang lebih penting, agar anda lebih positif akan diri anda.
2. ''The Law of Repetition'' merupakan satu hukum alam yang sangat berkesan terutamanya dalam pendidikan kepada anak-anak kecil. Pastikan anak-anak kecil sentiasa bergelumangan dalam suasana yang positif untuk pembesaran yang postif.

sumber:www.iluvislam.com

Saturday, October 24, 2009

pesan atok....!





Friday, October 23, 2009

PTPTN loans will be converted to scholarships for top students

KUALA LUMPUR, Oct 23 – Graduates who pass with a first class honours or equivalent will have their National Higher Education Fund (PTPTN) loans converted into scholarships, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today.

The finance minister told Parliament when tabling Budget 2010 today it was part of the government’s efforts to reward top students.

Najib also announced the setting up of merit-based scholarships for best 30 students.

“These scholarship recipients will further their education in world renowned universities,” he said.

Beginning next year, a total of 100,000 local university students will be provided with portable computers with broadband service for only RM50 per month for two years.

“This package is cheaper than the current market price,” said Najib. “Priority will be given to first year students and those from low-income families.”

Najib also said that a total of RM30 billion will be allocated for primary and secondary education which will benefit some 5.5 million students.

The sum includes RM1.6 billion for the construction of 80 new schools as well as 1,100 additional blocks and 347 school replacement projects.

“This allocation is for the construction of national primary and secondary schools, government-aided religious schools, national-type Chinese and Tamil schools and mission schools,” said Najib.

He added that an additional RM1.1 billion will also be provided to upgrade and refurbish schools, especially in Sabah and Sarawak.


sumber: http://www.themalaysianinsider.com

p/s: ape lgi...jom blajar sngguh2 la, jd graduan 1st class!

ayuh!!!! hayya 'ala falah...

Monday, October 19, 2009

Salam Imtihan...


Tuesday, October 13, 2009

Batu? Manusia?

Batuan- makhluk yang pendiam, tetapi berkata-kata lebih daripada seorang pujangga dan jujur lebih daripada seorang hakim.
Manusia- makhluk yang sebaik-baik kejadian, tetapi ramai yang tidak bersyukur, malah ada pula memerangi agama yang diredhai pencipta mereka sendiri!

Monday, October 12, 2009

an-nisa'...


Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.

Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,
Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,

Tapi..
tatkala ini jiwa telah gelora
maka iman turut terkocak gelombang

Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...


Baru kusedar keseronokan,
keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya
Lalu..
jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...
Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
keampunan keredhaan dan rahmatNya..
Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...


Tuesday, October 6, 2009

Waktu gempa bumi sama dgn surah&ayat dlm Al-Quran..Subhanallah!!

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52.”
Cuba lihat surah&ayat dlm Al-Qur’an berdasarkan waktu2 ini!
Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah swt. Demikian ayat-ayat Allah swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. YA ALLAH, MAHA BESAR ENGKAU, manusia memang menzalimi diri mereka sendiri!!

Ada hikmah disebalik kejadian gempa bumi ini. Ianya adalah merupakan satu pengajaran yang cuba untuk mengingat pada masyarakat dunia akan kebesaran Allah. Manusia beranggapan diri mereka orang sangat berkuasa, boleh membuat apa sahaja yang disukai walaupun berlanggar dengan tuntutan syariat Islam. Golongan ini perlu satu peringatan supaya mereka menyedari tindak tanduk yang mereka laksanakan. Maka, Allah menurunkan bencana alam seperti gempa bumi untuk mengetuk hati manusia yang alpa.

Mudah-mudahan gempa ini menjadi pengajaran buat kita semua. Marilah kita mengambil ikhtibar terhadap peringatan Allah yang diberikan kepada kita secara terus..ada hikmah disebalik bencana ini. Semoga para korban diberikan ketabahan lahir dan batin….

Sunday, October 4, 2009

Mahasiswa perlu turun padang

Salam 'alaik...

kepada sesiapa yg x pegi MAKA tu rsanya rugi la jugak sbb forum mlm itu sy kra amat bgus untuk mmbuka minda mahasiswa supaya lebih ke hdpn dan lebih realistik, bkn hnya idealistik. forum yg brtajuk 1 Malaysia: Peranan Mahasiswa Untuk Negara yg dipengerusikan oleh Saudara Nazri Tahir dan ahli panelnya Saudara Idris dan Saudara Ann Wan Seng mndpt prhatian hdrin yg hadir. antara kupasan menarik oleh kedua-dua panelis tersebut adalah brkenaan konsep 1 Malaysia yg takkan menjdi realiti jika hnya itu ungkapan semata-mata. bahkan menurut Ann Wan Seng, konsep perpaduan itu perlu dimulakan melalui kefahaman. Melayu tak kenal Cina, Cina tak faham Melayu, India tak faham Cina dsbnya merupakan halangan bg mmbntuk perpaduan. di sini dpt kita lihat bhw sesuatu bgsa itu takkn bersatu dan bersefahaman andainya tiada satu titik untuk menyatukan mereka. titik apa itu? sudah tntu Islam kerana Islam untuk semua...(^_^)

selain itu bila diperkatakan ttg isu mahasiswa, saudara Ann Wan Seng menyatakan bhw mahasiswa ini sepatutnya duduk brsama dgn rkyat (memahami cara hdup dan kesusahan rkyt) supaya dpt mmbw isu2 yg brkaitan rkyt ke hdpn. isu2 sosial misalnya yg mkin parah pada masa ini sewajarnya dinyatakan dgn lantang oleh mahasiswa, bkn stakat membiarkannya shj. jika dilihat di Indonesia, suara2 mahasiswa bgitu dipentingkan bhkn perdana menteri mereka akan trun sama utk melihat isu yg disuarakan oleh mahasiswa itu. tpi di negara kita, ckp sket sudah dikenakan AUKU dan sebgainya. pokoknya, mahasiswa itu perlu trun pdg juga bkn stakat berada di kampus untuk menerokai isu2 semasa pd msa ini.

ada yg brtanyakan bgaimanakh mahu mmbuka minda mahasiswa yg masih 'beku' yg x mengetahui ttg isu2 semasa. kata Ann Wan Seng, gunakan teknologi msa kini yg kian mmbgun. rugi kranya seseorang mahasiswa itu masih berfikiran di dalam kampus shj, sepatutnya mindanya 'out of da box' demi memajukan dri sndri dan negara.

kesimpulannya, gagasan 1 malaysia itu perlulah dijadikan sesuatu yg realiti, bkn hnya sekadar slogan semata2. kita tidak mahu knsep wawasan 2020 oleh Tun Mahathir yg belum tercapai, konsep Islam Hadhari oleh Pak Lah yg nmpk lintang pukangnya, tpi kita mahu konsep 1 Malaysia oleh Dato' Seri Najib benar2 trcapai.

p/s: anjang menanti bilakah usrah kita ini akan turun padang untuk bersama masyarakat... hehe...

Wednesday, September 30, 2009

Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik '09


jom beramai-ramai memeriahkan malam anugerah ini. ghugi dop g!!! =)

Tuesday, September 29, 2009

isu SPKG

Salam mahasiswa..

Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) telah diperkenalkan kepada pelajar Tahun 1 sesi akademik 2008/2009. Sistem ini dibangunkan bagi membuat penilaian Kompetensi Generik (KG) pelajar, memantau proses penilaian KG dan megawal selia proses penilaian tersebut yang mana objektifnya ialah:

1. Memudahkan pengguna dalam mencapai maklumat secara interaktif dan mendapatkan maklumat yang mempunyai ciri-ciri mesra pengguna
2. Memudahkan penilai untuk mencapai maklumat pelajar yang hendak dinilai.
3. Membolehkan pihak pentadbir atau urusetia memantau kelancaran perjalanan proses penilaian.
4. Mengurangkan masa penilaian pelajar berbanding menggunakan kertas.

Pada akhir pengajian pelajar akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK KG yang diperolehi sepanjang berada di UKM. Kompetensi generik pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM. Aspek yang dinilai dalam pemarkahan termasuklah:

o HPP1- Pengetahuan
o HPP2- Amali dan Psikomotor
o HPP3 - Tanggungjawab Sosial
o HPP4 - Menghargai Alam Sekitar
o HPP5 - Etika, Moral dan Profesionalisme
o HPP6 - Kerohanian
o HPP7 - Komunikasi
o HPP8 - Kepimpinan
o HPP9 - Kerja Berpasukan
o HPP10 - Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan Keputusan
o HPP11 - Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
o HPP12 - Pembelajaran Sepanjang Hayat
o HPP13 - Kemahiran Globalisasi
o HPP14 - Kemahiran Keusahawanan
o HPP15 - Kemahiran Pengurusan

Pada pandangan peribadi saya, Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) ini adalah merupakan satu sistem yang baik bahkan disokong kerana mampu menunjukkan soft skills mahasiswa yang mana hal tersebut merupakan elemen penting bagi seorang mahasiswa kelas pertama. SPKG ini mampu mendorong seseorang mahasiswa untuk terus bergiat aktif bagi memenuhi setiap kriteria yang diinginkan.

Namun begitu, beberapa perkara perlu diperhalusi dan ditambahbaik lagi bagi menambahkan keberkesanan sistem ini terhadap mahasiswa. Sebagaimana yang diketahui, kolej menyumbang sebanyak 51% markah penilaian terhadap mahasiswa melalui sistem mentor-mentee. Jika dilihat hal ini menyebabkan mahasiswa terpaksa banyak aktif di kolej sahaja. Memang benar, sebagai warga kolej sepatutnya mereka menyumbang bakti kepada kolej. Tetapi bukan semua pelajar berkesempatan untuk melakukan hal tersebut. Adakah anda pernah mendengar atau mengucapkan ayat ini, “Kat sini ada dua je, mana yang aku nak letak ni? Padahal banyak jawatan aku ni. Sia-sia jelah kalau aku tak letak semua. Nanti rendah pulak SPKG aku ni.”? Mengikut SPKG, pelajar hanya dibenarkan untuk mengisi dua jawatan penting yang sedang dijawat oleh mereka dalam persatuan-persatuan yang terdapat di pusanika dan juga di fakulti. Hakikatnya, pelajar lebih aktif dalam persatuan yang terdapat di Pusanika dan juga fakulti tetapi pemarkahan di situ terhad. Pergerakan pelajar terkongkong di kolej dan barangkali akan dikuburkan segala persatuan yang luar daripada kolej. Pada pandangan saya, pembahagian penilaian ini seharusnya ditimbang balik dan diperhalusi lagi agar selari dengan semangat keaktifan seseorang mahasiswa itu.

Mengikut sistem SPKG ini, fakulti menyumbangkan 13% yang mana meliputi aspek HPP5, HPP7, HPP8, HPP9, HPP10, HPP11 dan HPP12. Andainya diteliti, HPP10 melibatkan penilaian berkenaan kaedah saintifik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan autonomi dalam pembuatan keputusan. Saya ingin bertanya adakah semua fakulti ada melibatkan pelajarnya dalam kaedah saintifik? Jika ya, maka benarlah sistem ini. Jika tidak, HPP10 dicadangkan untuk dirombak balik agar relevan berdasarkan realiti dan keperluan semasa sesebuah fakulti itu seperti Fakulti Pendidikan Islam (FPI).

Kata orang, tak kenal maka tak cinta…kata orang juga, hanya jauhari yang mengenal manikam. Benar bukan? Hanya yang memahami sahaja boleh menghakimi seseorang. Cuba kita letakkan situasi ini kepada kaedah penilaian pensyarah terhadap pelajar. Berapa ramai pensyarah yang benar-benar mengenali pelajar yang ingin dinilainya? Adakah seluruh mahasiswa/I dalam dewan kuliah kokurikulum dan subjek universiti benar-benar dikenali oleh pensyarah PPP dan PPU? Kalaulah seorang pensyarah boleh menilai dengan baik 100 – 200 pelajarnya, saya ingin menabik hormat mereka. Hebat benarlah jika realitinya begitu. Baguslah andainya pelajar itu dinilai mengikut kebolehan mereka sebagai ‘mahasiswa’, bukan sebagai ‘artis jalanan’ yang hanya suka menarik perhatian tanpa sebarang kebolehan.

Aku ni lebih suka sukan la…bukan buat program..” Saya ingin bertanya adakah di dalam SPKG itu terdapat penilaian untuk sukan? Walhal minat dan kecenderungan seseorang mahasiswa itu adalah berbeza. Ada yang lebih cenderung ke arah sukan dan sebaliknya. Bagi penggiat sukan yang aktif dalam SUKEM, MASUM dan sebagainya…bagaimana mereka ini dinilai? Berikut adalah petikan ucapan teks ucapan Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sempena Majlis Anugerah Sukan UKM Ke- 19 pada 23 Februari 2009 (Isnin), 8.30 pm bertempat di De Palma Hotel, Ampang. “Kalau kita lihat di negara-negara maju, mereka sentiasa berupaya meningkatkan prestasi atlet mereka dari semasa ke semasa melalui penyelidikan sains yang dibuat sepanjang masa. Kita seharusnya memanfaatkan kepakaran yang ada di kementerian pengajian tinggi dan kementerian belia dan sukan serta universiti seperti dalam bidang pendidikan jasmani, biomekanik dan perubatan sukan untuk kemajuan sukan universiti khususnya dan negara amnya.” Justeru, saya mencadangkan agar HPP16 diwujudkan yang melibatkan penilaian dalam bidang sukan. Mahasiswa harus intelek, mahasiswa harus aktif.

Secara keseluruhannya, saya menyokong sistem ini cuma terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti dan diperhalusi lagi. Walaupun hal ini masih di peringkat awal, namun penat lelah seorang pelajar demi SPKG ini perlulah dititikberatkan juga. Ada yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu program, tetapi markahnya tetap rendah. Adakah penilai tidak meneliti dengan baik? Atau adakah dia itu layak dinilai begitu? Atau adakah sistem yang bermasalah? Sistem pemarkahan yang jelas dan sistematik perlulah diwujudkan bagi mengelakkan timbulnya masalah kekeliruan untuk menilai dan ketidakpuasan hati orang yang dinilai.

Sekian,

Sakinah Binti Nik Muhammad Naziman,
http://zigaki.blogspot.com

Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri

Selamat Hari Raya~~ (^.^)

TULUS IKHLAS DARIPADA

AIDA RAHAYU BT MOHD BADRI

KHAS BUAT ADIK BERADIK

USRAH KHAZINATUL ASRAR (^.^)

Selamt berjuang untuk akhir2& Ramadhan Salam Eidul Fitr

Sala fi aakhir Ramadhan..Salam Eidul Fitr

Kepada semua anak-anak usrah khazinatul asrar.Akak mohon maaf atas segala salah silap dan yang tersengaja. Jangan lupa peranan kita sebagai hamba Allah, daie', ahli gerakan dakwah, anak kepada mak ayah, mahasiswa, sebagai kakak, adik dan lain-lain. Tagugjawab kita memg banyak. Berikan hak yang terbaik untuk semua. Jaga kesihatan untuk Islam. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah dari segala fitnah dunia dan kubur. Mohon kita semua saling mendooakan agar kita semua di beri hidayah dan taufiqNya agr terus tsabat pada jalan Allah.

Kullu Aam Wa Antum Bikhair

-Islam tidak memrlukan kita, tetapi kita memerlukan Islam-:) Fi amanillah..Siiru ala barakatillah:)

Tuesday, September 15, 2009

Student=Customer, Customer Always Right!!

Mahasiswa sering dikaitkan dengan ikon belia negara. Sebagai contoh, mahasiswa Thailand menjadi jurubicara masyarakat, begitu juga di Indonesia. Akan tetapi, mahasiswa di Malaysia jauh berbeza berbanding 2 negara itu. Boleh dikatakan berstatus 'tidur' dek penangan AUKU yang sememangnya digubal untuk menyekat suara mahasiswa. 

Sedar tak sedar, hanya sekelompok mahasiswa yang menyedari kuasa mahasiswa, lantang bangkit mendepani isu. Lagi di desak, lagikan agresif pihak kerajaan atau pihak pentadbiran cuba menghentikan kebangkitan mahasiswa. Satu perkara yang mungkin menjadi punca kebanyakan mahasiswa tidak sedar akan kepentingan mereka dalam universiti. Mahasiswa merupakan pelanggan kepada Universiti dan 'customer always right!'.

Contoh sangat jelas adalah yuran yang dikenakan yang tidak jelas. Apabila suda langsai hutang, muncul pula yuran khas kolej. Ada pula tambahan-tambahan yang lain. Bak kata seorang sahabat, berdosa bagi mereka yang mengambil harta orang yg sedang menuntut ilmu.
Mungkin GMUKM harus membawakan sesuatu mengenai ini dalam manifesto akan datang.

Selain itu, kita lihat pula sistem baru yang diperkenalkan kepada mahasiswa/i baru. Bagaimana seorang pelanggan dilayan seperti pelajar sekolah rendah? Dasar budak sekolah sangat jelas dipraktikkan di kolej-kolej. Menggunakan kuasa Sistem Penilaian Kopetensi Generik (SPKG) yang retorik. Konsep melahirkan multiperson kononnya. Namun perlaksanaan SPKG tidak diselaraskan di setiap kolej-kolej dan juga di fakulti. Malah ada juga pensyarah berpangkat professor tidak tahu menahu mengenai SPKG, lalu dibiarkan mentee2nya terkapai-kapai dan tersepit oleh ujikaji sistem ini. Di mana keberkesanannya? Timbul juga persoalan adakah ia mendapat pengiktirafan? bagaimana SPKG mendapat pengiktirafan jika perlaksanaannya sangat teruk?

Prof Hamzah, pakar petrologi berkata " We want to produce pure Geologist. Bukan pakar dalam bidang pengurusan persatuan. Sudahlah kursus geologi dipendekkan menjadi 3 tahun. Ditambah pula dengan bebanan tugas perkara-perkar yang bukan keutamaan." ujarnya apabila isu jadual Ko-kurikulum pengurusan persatuan pelajar menindih subjek major iaitu pemetaan geologi. " Pihak pengurusan Ko-kurikulum sepatutnya membentangkan perubahan yang mereka lakukan kepada semua pensyarah-pensyarah. Seandainya para pensyarah telah berbincang dan bersetuju barulah unit Kokurikulum boleh putuskan. Ini adalah penting agar tiada pertindihan jadual berlaku dan mahasiswa tidak disibukkan dengan perkara remeh temeh," katanya lagi.

Sebenarnya, saya selaku mahasiswi tahun 2 sangat merasai keperitan menjadi bahan uji kaji ini. Bermula dari SPKG, rombakan kursus-kursus geologi, penukaran bahasa pengantar kursus2 geologi ke bahasa inggeris dan pengasingan unit Ko-kurikulum. Apakah mahasiswa yang lahir pada tahun 2011 nanti boleh menandingi mahasiswa yang lahir 4 5 tahun sebelumnya????


"Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah, bersama!"

Assalamualaikum w.r.t.
Terkesima saya apabila saya mendapat msj dari kakak ipar saya, bertaya apa itu usrah?Rupa-rupanya,beliau sudah buka dan baca blog usrah khazinatul asrar ini. Subhanallah. Saya sempat borak dengan kakak ipar saya tentang usrah. Kakak ipar saya tidak pernah melibatkan diri dengan usrah.Selepas berbincang, beliau minta agar usrah di buat dalam keluarga kami nanti balik raya!:)Ya Allah, suasana ini yang aku amat impikan.-
Saya melihat, ini adalah satu momentum untuk keluarga saya. Mungkin sahabt-sahabt sudah lama mulakan usrah di dalam keluarga sahabat.Ya, keluarga saya, ade, tetapi amat jarang. Berkumpul, tetapi ianya tanpa secara formal.Secara formal ade, tetapi hanya apbabila esmua berkumpul balik raye.Pada masa itu saya terfikir, adakah sesuai untuk perkenalkan musywarah , usrah dalam keluarga kamu?Alangkah indah, ilmu dan pengalaman yang ada pada adik-beradik saya diterjemahkan. BPR, cikgu, ustazah, peniaga, imam, penganggur, semuanya boleh berkongsi.Semoga Allah ikatkan hati-hati kami.Paling indah, jika semuanya dpat masuk syurga, bertemu dgn Allah,  bersama!

Saturday, September 12, 2009

Konvensyen Transformasi

Manisnya Persaudaraan kerana Allah




Baru-baru ini, sewaktu berusrah di rumah ucu, saya suka berkongsi cerita ukhuwaah dalam berusrah. selain membincangkan isu-isu ummah. Saya amat kagum bila terbaca email sahabt senior saya ex-KIAS, dan sekarang sedang menuntut di MESIR. Email yang di hantar melaui yahoogroup. Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

muhd.najid abdullah"wrote:

sain2 yang dikasihi

ambo nak kongsi satu emel yang ambo dapat darpada sorang sahabat yang elah lama terpisah. tup tup dapat eml ni. terharu pun ada, terkejut pun ada, macam2 ter lah tapi yang penting ambo sero macam nak kongsi dgn semua.....

Jid,
apa khabar? lama tak dengar khabar. Apa criter? ana masih di sini, meneruskan sisa pengajin yang masih berbaki di bumi asing nan gersang tarbiah ini. 5 tahun kita terpisah. Segalanya takdir dan perncangan Allah. Kita merancang Allah juga merancang. Yang pasti perancangan Allah mngatasi segalanaya.
Ana tak pernah menyangka akan begini jadinya takdir hidup. 7 tahun kita terpisah. 5 tahun pula ana kumpulkan tenaga dan kudrat untuk menghabiskan masa menyelesaikan BA. Memang bidang ini ana pilih. Tanah gersang ini jua ana impikan untuk menuntuk ilmu tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. ini tahun ke 5 ana meneruskan pengajian. doakn ini yang terakhir.
Jid,
Itu bukan persoaln yang ana ingin bicarakan. Biarlah ana tanggung sndiri takdir hidup yang panjang ini. Ana ingin bercerita soal hati dan perasaan. Soal ikatan ukhuwah, soal survival hidup besahabat dan bersama rakan-rakan di perantauan. Jauh dari keluarga dan saudara mara malah kurang sekali rakan-rakan sebangsa dan seadat. ana tahu, enta juga begitu. berada ditanah asing yang jauh dari keluarga.
Enta mesti masih ingat janji kita bersama yang kita bina lewat pertemuan usrah kita di Pantai Melawi. Janji untuk kita tidak mudah jatuh cinta. janji untuk kita bebas dari cinta monyet yang sia-sia. Janji untuk kita bina diri demi Islam dan perjuangan. Janji untuk kita tidak bercinta melainkan hanya setelah kita langsungkan akad agama dan adat. Janji untuk kita teruskan pengajian walau dlam apa jua bidang asalkan kita tetap pegang teguh pada prinsip agama. janji untuk kita tetap berukhuwah sampai hujung nyawa. Janji untuk kita pastikan urusan amar makruf ahi mungkar tidak kita kesampingkan. janji untuk kita tambahkan persahbatan demi ikatan aqidah islamiah. janji untuk kita pastikan diri kita tetap bersama harakah islamiah walau sampai masa kita terpaksa korbankan harta benda, diri, idea mahupun nyawa. janji untuk kita pegang urusa agama dengan gigi gerham, tak akan tercabut dan tak akan tergugat. Enta ingat bukan? harapnya ya !!!
Jid,
ana pegang dengan semua janji kita demi Allah. Ana rindukan saat bahagia kita. bkan tiada derita, bukan juga tiada sengketa waktu itu tapi benarlah ukhuwah yang kita bina langsung tiada dalang yang mengganggu akidah. ukhuwah yang kita bina benar2 ikhlas, jauh dari mengharapkan kepentingan untuk diri masing-masing. Ana benar2 rindukan suasana itu. Bergaduh kita kerana Allah bertumbuk kita juga atas urusan allah. kita jadi kian rapat. pernah nta marahka ana disebabkan sepucuk surat yang kebetulan nta juga dalam beg ana. surat cinta dari budak perempuan. Teruk ana kena kutuk. Nta memang teruk masa tu. tapi ana tahu nta marah sungguh sebab nta sayangkan persahbatan yang kita bina atas asas suci. Kta nta mana mungkin persahbatan kita boleh dibina di atas sampah kemaksiatan dan kedustaan. ana akur jua dan kita kian rapat.
Enta pernah katakan dalam usrah kita pada petang itu, muhasabah khas buat ana. Ana msih ingat kata nta " Nta teralu berahsia".
Ya nta betul Jid. Masa itu memang ana pemendam. Ana pendam segala drita dan ana tanggung sendiri. fikir ana masa tu biarlah ana selesaikan sendiri. Tapi waktu dan perkembangan akal telah meyedarkan ana yang nta betul jid. Sahabat adalah tempat untuk kita bergantung. Dunia ini sememangnya memerlukan persahabtan untuk memudahkan kehidupan. Tapi ana sedar segalanay apabila terlampau anak maasalah yang menimpa hingga jadi buntu untuk menyelesaikannya. Mujur ada sahabat membantu. Ana benar2 ingat akan kata-kata nta...
Ana juga pernah sound nta. nta ingat bukan? Nta jenis yang panas baran. Pantang ada silap nta terus melenting. Dalam usrah, ana masih ingat air mata yang bergenang. Nta menagis teresak2 bila ana katakan "jid, nta ni kena kawal sikit marah, jangan baran sangat, kita nk jadi pemimpin ni kena kawak amarah" nta tak menjawab tapi langsung nta menangis dan mohon maaf atas keterlanjuran. lepas itu ana ikut perkembangan nta. Nta buat muka senyum bila datang masalah. Nta diam bila ada sesuatu yang menjolok amarah. Dulu nta pernah berjaya kawal amarah dan ana harapkan anta masih lagi berjaya.
jid,
Ana tidak pernah jatuh cinta. nta tahukan? Ana masih pegang dengan janji kita. Harapnya nta juga begitu. Jadi ana mungkin tidak pernah merasa bagaimana kecewanya ditingalkan perempuan tapi Jid ana benar2 merana bila ada sahabat cuba menyisihkan persahbatan. Tapi Jid, dunia yang kita idup hari ini memang haru dan yang pasti kita kian ketandusan ikatan musrni persahabatan.
Ana doakan nta akan berjumpa dengan pasangan hidup yang mampu memahami perangai pelik  dan kerenah nta. Memilih pasngan bukan hanya setakat memilih rupa dan kedudukan tapi memiih pasangan perlulah dipaksikan atas nilaian agama, kefahaman dan kesefahaman. mungkin nta hidup dalam dunia wanita beragama tapi dalam ramai wanita beragama ana doakan agar nta berjaya memiliki wanita yang dapat memahami prinsip perjuangan dan mampu menjadi setenang khadijah ketika nabi berdepan dengan mehnah wahyu pertama. Doakan ana juga ya... Dah tiba masanya ya,
Doakan ana ya? Ana juga sntiasa doakan nta. kita jumpa tahun depan ya. janji...


ana akhukum fil Islam

Sahabatku Aman
Lama benar saya cuba bangkit untuk melakar kata mengenangkan warkan anda tempoh hari. Saya hilang kata apabila membaca secara berulangkali warkah yang pada saya banyak membongkar kenangan yang tersimpan erat dalam kotak memori saya hingga saat ini. Ia saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya.
Maaf! Saya gunakan bahasa rasmi surat dalam bicara saya kali ini. Saya rasa selesa begini dan harapnya ia tidak akan menjauhkan kita sebagaimana jauhnya jarak yang memisahkan kita. Sekali lagi, hati saya menangis dan tubir mata saya juga begitu tatkala menatap bait lakaran berlagu yang anda suarakan. Ia nyayian dari hati pada saya. Sungguh, saya amat tersentuh dengan jeritan suara jiwa anda. Saya merasakan bicara itu terus meresap ke hati.
7 tahun bukanlah masa yang lama. Namun pada saya ia juga bukanlah waktu yang singkat. 5 tahun mengembara di tanah dagang menunut ilmu juga bukanlah suatu masa yang lama namun sekali lagi saya amat mengerti dan amat-amat memahami jerih, rindu dan lantunan jiwa saudara apa lagi bila berdepan dengan ujian yang bernama kegagalan dan peritnya perjuangan. Ia bukanlah suatu yang boleh digambar dengan pena. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya amat-amat mengerti.
Saudaraku Aman,
Saya amat-amat mengerti bagaiamana rasanya disakiti. Disakiti dan dikhianati sahabat sendiri. Kita hanya manusia biasa yang langsung tidak pernah lepas dari salah dan silap. Saya juga biasa khilaf begitu dengan sahabat-sahabat tapi satu perkara yang mahu saya katakan bahawa "naqib kita dahulu langsung tidak mengajar kita untuk mengambil hati sesama sendiri". Sudah lupakan saudara dengan janji ikrar kita "Usah bicara soal hati dalam persahabatan, ketepikan kepentingan diri dalam perjuangan, tetapkan hati dalam menghadapi mehnah ujian, susun strategi mara ke hadapan dan pastikan irtibat diri sentiasa hebat dengan Tuhan Pencipta Alam"
Saudara ingat bukan? 5 gagasan yang kita cipta bersama. Kita ringkaskan 5 gagasan tersebut dalam usrah kita lewat pertemuan di Musalla Al-hilal. Kenangan itu rasanya masih basah dan masih bermain-main difikiran saya hingga kini. Ia terkadang jadi penawar dikala saya amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk merawat sendiri luka yang samada ditikam atau secara tidak sedar jatuh tersadung di dahan ujian.
Adakalanya saya terfikir yang kenangan itu jugalah yang menjadi racun dalam hidup saya. Saya hidup dalam bayang-bayang kenangan yang tidak mampu saya miliki lagi. Bila saya sedar dari mimpi dan melihat serta menyaksikan dunia sebenar saya jadi kaku, terkesima dan tidak bermaya. Saya hilang semangat. Semangat saya hilang, terbang dan lenyap bersama hilang dan lenyapnya sejarah itu. Ia benar-benar merobek jiwa dan hati saya.
Sahabat dan saudaraku Aman,
Riwayat sejarah 7 tahun yang lalu telah lama berlalu. Ia adalah sejarah, kenangan, pengalaman dan memori yang kita bina bersama dalam satu bahtera yang kita namakan sebagai usrah Al-Hilal. Ia mungkin tiada apa-apa makna pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya benar-benar yakin apabila membaca emel saudara tempoh hari. Saya tidak keseorangan dalam memahat kembali arca sejarah yang telah kita bina.
Ia barangkali pengalaman yang menyebabkan kita masih mengerti apa itu perjuangan dan barangkali juga kenangan itulah yang terus menjadikan kita beringat-ingat untuk melangkah. Dalam warkah balasan ini saya ingin ungkit kembali sejarah tersebut dan saya mohon izin untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat saya di sini. Bolehkan?
Sahabatku Aman,
Saudara ingat bukan tentang janji ikrar kita. Janji kita untuk sentiasa berterus terang dan jujur dalam persahabatan. Dunia pesekolahan dan persahabatan kita waktu itu memerlukan kita bersahabat dengan penuh jujur dan berterus-terang. Kita bawa sebuah perjuangan yang bukan sedikit mehnahnya. Kita serang sesiapa sahaja yang cuba melanggar hukum hakam. Malah kita seru sahabat-sahabat yang lain untuk melakukan kebaikan.
Janji kita masa itu untuk jadi role model. Kita mahu jadi Islam Yang Bergerak Dalam Masyarakat Pelajar. Kita benar-benar lakukannya dan saya cukup-cukup ingat itu semua. Semangat juang kita waktu itu berkobar-kobar. Kita benar-benar bersemangat menyahut seruan naqib kita waktu itu untuk "amr bil makruf wa nahyu anil mungkar". Kita bangkit dengan kesedaran dan kesungguhan perjuangan rasululullah sebagaimana kalam taujihat naqib kita. Naqib kita bukan seorang tapi gantian demi gantian membawa misi yang sama. Misi warisan berzaman.
Kita seiring bersama mengejar samada syahid atau menang. Anda ingat bukan? hadis yang sentiasa naqib kita ulang "Kalaulah mereka letakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, nescaya tidak aku tinggalkan agama ini samada aku menang atau mati syahid"
Justeru sahabatku Aman, perjuangan kita masih sama. Tetap sama dan akan selamnya sama malah lebih luas dan kompleks dari saat kita diperlembahan subur tarbiah 7 tahun yang lalu iaitu untuk memastikan kita, keluarga, sahabat-sahabat dan sebolehnya semua manusia untuk kembali kepada Islam. Untuk itu, kita perlu berada dalam pasukan jemaah muslimin tidak kira dimana sahaja kita berada. Dengan kata mudahnya, kita pelukan groupbinding yang memerlukan kejujuran dan sifat terus terang dalam persahabatan.
Pernah seorang sahabat kita sebut dalam usrah "jangan ada dikalangan kita yang cuba berlaku tidak jujur dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Ketidakjujuran akan menyebabkan perkelahian dan perpecahan" saudara ingat bukan?
Saudaraku Aman,
Saudara ingat bukan tentang saranan untuk sentiasa ingat mengingati sesama kita tentang iman. Memang iman manusia biasa seperti kita turun dan naik. Justeru kita pernah deklarasikan ikrar untuk menjaga diri daripada sebarang maksiat dan dosa besar serta sentiasa mantapkan ukhwah sesama kita dengan mengingatkan sesiapa sahaja dikalangan kita yang leka dan lalai.
Fitnah perempuan barangkali kes yang paling tragis dalam sejarah ukhuwah kita selama bersama. Hampir-hampir kita hilang kawan dan hampir-hampir sahabat kita terkorban hanya kerana seorang budak perempuan. Saudara ingat bukan?
"ana tak boleh tinggalkan dia, ana dah banyak buat dosa dan tak layak untuk bersama dengan antum"
Itu ayat yang hampir-hampir meluruhkah jantung semua apabila petang itu, dikala kita sedang lepak-lepak dibangku tepi padang, sahabat kita meluahkan butir bicara dengan deraian air mata. Semua terkesima dan terpinga-pinga. Setelah diceritakan kroniknya masalah tersebut, kita berjaya menyelamatkan jua akhirnya seorang sahabat. Alhamdulillah, sekarang ni sahabat kita itu telah selamatnya berkerjaya dan berumahtangga juga sekarang menanti kehadiran anak kedua.
Memang dosa dan maksiat akan meyebabkan kita tidak dapat bersama. "Mana mungkin ikatan persahabatan mampu dibina utuh atas timbunan sampah kemaksiatan". Justeru sama-sama kita ingatkan sesama kita agar ikatan persahabatan yang dibina akan kekal selamanya.
Sahabatku Aman,
Sudah tiba masanya kita berpijak di bumi yang nyata. Yang berlalu biarlah beralu. Namun bukanlah bermakna ia langsung kita lupakan tapi sama-sama kita jadikannya sebagai sempadan dan teladan untuk mengejar dan mendaki puncak kehidupan. Pijaklah dimana sahaja tanah yang tersedia untuk kita. Junjung jua langit yang koordinatnya sama sebagaimana tanah yang kita pijak. Kuatkan semangat juang, tabahkan hati dan pastikan kitakan terus menghayun langkah dan melangkah menuju samada menang atau syahid.
Usah ditangisi sebuah kenangan. Lupakan khilaf sedikit sesama kita dalam melayar bahtera yang memerlukan kebersamaan iman dalam melayarinya menuju daratan. Usah diharap kesempurnaan mutlak pada insan yang namanya manusia kerana kesempurnaan mutlak hanya milik Tuhan Pencipta Alam. Usah didamba teman sesetia Al-sidiq Abu Bakar, Seberani Umar, selembut Usman malah sekental Ali. Kita juga barangkali susah untuk mendapatkan sahabat sesempurna Hasan al-basri dan Fudhail Bin iyadh dengan puisi masyhur "Ya abidal haramain".
Tuntas, apa yang masih berbaki hanyalah sekujur tubuh kecil dengan tadahan besar persahabatan yang bernama kemaafaan, toleransi dan kasih sayang. Belajar menerima kenyataan dan hadapi kehidupan dengan penuh kefahaman dan pengertian akan hakikat sebuah perjuangan.
Saya mahu jadi kuat seperti anda. Saya mahu jadi tabah setabah anda menghuni bumi gersang menuntut ilmu ditanah dagang. Doakan juga saya di sini, bolehkan? Amin…
Sahabatku Aman,
Saya masih sendirian. Saya hanya ada teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan, Terlampau banyak mehnah yang terjadi sepanjang perpisahan kita. Barangkali ini hukuman Tuhan atas kekerasan dan syadidnya saya dalam soal itu dulu. Atau mudahnya puncak yang saya daki tidak selinang dan sesenang orang lain atau barangkali usaha yang saya lakukan belum layak menjulang saya ke puncak. Saya optimis dengan takdir sendiri dan barangkali nasib orang lain lebih hebat ujiannya dari saya. Siapa tahukan?
Barangkali ada yang simpati dengan nasib saya. Biarlah saya tanggung sendiri dan saya hanya aminkan doa anda sebagaimana saya doakan anda akan beroleh bahagia. Saatnya pasti tiba. Saya yakin dan redha dengan ketetapan Tuhan. Rezeki, jodoh, ajal maut telah tersurat dan saya hanya mampu berusaha dan berdoa.
Saya gusar untuk berbicara panjang lebar soal itu. Menyebut perkataan 'cinta' pun barangkali tidak layak untuk lelaki seperti saya yang sarat bebanan yang terpundak. Ia sungguh memenatkan hingga terkadang saya fikir 'apakah ini akhirnya hidup saya'. Saya terkadang putus asa dan kecewa.
Barangkali senyum saya masih setenang dulu, tawa saya barangkali masih serancak yang anda kenal dan gurauan saya masih tetap sama tapi derita yang saya tanggung terkadang tidak mampu saya khabarkan dengan kata-kata. Beban yang saya tanggung amat sukar untuk saya kongsikan dengan sesiapa. Ia masalah peribadi yang tidak seharusnya saya dedahkan.
Namun saya tidak takut atau malu andai ada yang tahu lemahnya saya dalam mengharung dugaan. Malah saya mahu khabarkan kalau boleh pada dunia bahawa saya bukanlah permata tapi hanya kaca yang lahirnya dari pepasir. Saya hanya hamba lemah yang mengharap ihsan dari Tuhan. Ya rabb...
Sahabatku aman,
Maaf atas bicara saya yang agak pesimis. Saya juga manusia yang terkadang harus mengaku lemah sendiri. barangkali anda pelik dengan bicara saya kali ini. Jangan bimbang sahabat. Saya masih kuat dan masih mampu bertahan menghadapi segala ujian. Saya masih Muhammad Najid yang saudara kenal dulu. Doakan saya tetap tabah, kental dan bersemangat walau apa jua mehnah yang merintang jalan menuju puncak.
Cuma barangkali saya juga kesepian dan kesedihan. Terkadang rasa tertikam. Terkadang jatuh sendiri malah ada juga ketikanya mahu sahaja berundur dari dunia perjuangan dan persahabatan lantas memilih untuk fana' dalam dunia sendiri hanya kerana perkara-perkara kecil dan remeh. Tapi bila difikirkan kembali apa guna kita tangisi semua itu jika kita masih punya baki nyawa untuk diteruskan dan semestinya punya Allah sebagai pelindung untuk menuju sebuah kepastian. Kita juga masih punya sahabat seperjuangan dan yang pastinya perjuangan sebenar belum lagi bermula. Saya masih diperlembahan rekrut jundi dan perjuangan peribadi.
Pelayaran kita pasti akan ketemu daratan. Bahtera kita mungkin berbeza tapi tetap sama, menuju daratan yang hanya miliki dua pelabuhan, samada syurga atau neraka. Menang atau syahid dan tewas atau mati sia-sia. Itulah kepastian yang sepatutnya kita persiapkan percikan haruman mawar dan lipatan kain kapannya.
Salam ingatan dari Ardil Kinanah.
Sahabat Dan saudaramu
Muhammad Najid Abdullah
22 Januari 2008, 1.31 am
Bait Muhafazah Janub Saina’,
Hayyu sabie’, kaherah
 

Friday, September 11, 2009

hak kita sebagai mahasiswa...

salam.
kat sini nk respon sket pasal isu kena denda rm1,400 sebab buat usrah di surau kolej. linknya shbt2 blh tgk kat cni, http://mohdfikahsanusi.blogspot.com/2009/09/didenda-rm-1400-kerana-berusrah.html.

hmm....rse2nye tau tu klej mna. cumanya nk kna tnggu kesahihan dlu la.
mahasiswa dan mahasiswi UKM telah banyak menghabiskan duit untuk kolej, benar bukan? tambahannya bila cek maklumat akaun kat smpweb, ade je tmbhn yuran yg dikenakan. dah la semua detail pasal byrn tu x ditulis. tup2 je ade tmbhn yuran. adilkah itu? JAKSA dpt tinggal percuma...adilkah itu?
pastu timbul pula isu psl wat usrah kat surau kena denda. ya Allah... ape la nak jadi ni. x kisah la tu usrah jemaah mna. tpi isunya skrg, knp smpai didenda? tu prhimpunan haram ke? klu mcm tu nk duk kat cfe rmai2 pn xleh la.. felo mne yg sgt 'kureng' tu? moga2 Allah mmberi hidayah kpdnya.

hak sbg mahasiswa, kita bebas melakukan perkara yg kita suka. kita bkn lagi pelajar sekolah rndah @ menengah yg blh diperbudakkn lgi. kita bkn lgi plajar sekolah yg blik kita blh dibuat 'spot check'...sbb tu privasi kita. kita mahasiswa...yg kononnya dikatakan sbg generasi pemimpin seterusnya...TAPI, hidup di universiti maseh dikawal oleh pihak2 trtntu, apakah itu?

kita pelanggan universiti...kalau xde students, mna la universiti tu nk gerak? kte tau yg kat u ni, lec bg ilmu brape percent je, bkn 100 %. kejayaan n kegagalan seorang mahasiswa tu atas dirinya. so, mahasiswa la yang banyak menentukan keunggulan universiti itu, bukan? bila mana hak kita disekat, bila mna hak kita dinafikan, bila mana kita diugut sesuka hati, dikenakan tindakan yang mengarut, maka itukah yang digelar MAHASISWA?

usrah pn x bleh nk wat...tpi konsert bleh je. ape la nk jd dgn UKM ni...

Thursday, September 10, 2009

Lailatul Qadar

Ukhuwwah Tak Mengira Usia


Adik-beradik kami =)


Usrah Khazinatul Asrar (UKA) bersama puding roti =)

Wednesday, September 9, 2009

contoh kes dalam Undang-Undang Tort, 1 perbandingan dengan Islam

CHEAH KIM TONG & ANOR V TARO KAUR [1989]3 MLJ
1.0 FAKTA KES
Plaintif merupakan pemilik kepada sebidang tanah yang berdaftar. Beliau telah mendakwa bahawa rumah defendan telah melebihi atau mencerobohi ke kawasan tanah mereka.Plaintif telah membuat permohonan perintah mahkamah untuk menyaman di dalam kamar untuk mengalihkan rumahnya daripada tanah plaintif .Plaintif juga membuat permohonan perintah mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi kerosakan dan kos. Defendan dalam balasannya berkata bahawa tuan tanah sebelum plaintif tidak pernah menghalang atau membuat persetujuan dengan defendan untuk menggunakan tanah itu.
Fakta Kes,
1) The defendants house encroaches onto the plaintiff’s land.( Rumah defendant telah menceroboh/melebihi di atas tanah plaintiff.)
2) The defendant relied on estoppel and consent on the grounds that the previous owner before the plaintiff had never complained. (Defendant bergantung kepada kebenaran/izin berdasarkan tuan tanah sebelum Plaintif tidak pernah mengadu/ ambik tindakan terhadap Defendan)
3) the defendant further contended that the plaintiff did not suffer damages.Defendant berhujah/melawan dan mengatakan bahawa plaintif tidak menerima sebarang kerosakkan atas tanah plaintiff
2.0 ISU –ISU KES
Issues:
1) Whether the previous owner’s consent shall be estoppel.( samada keizinan daripada tuan tanah sebelum plaintif perlu dihentikan.)
2) Whether the defendant continuing trespass onto plaintiff’s land although the previous owner did not complaint. ( samada defendant berterusan mencerobohi tanah plaintif walaupun pemilik sebelum ini tidak mengadu dan membuat tindakan.)
3) Wheter the plaintiff need to proof damage as the cause of action. (samada plaintif perlu membuktikan kerosakan yang ditanggung disebabkan tindakan defendan
3.0 Decision/Act: keputusan.
1) Keizinan pemilik lama perlu dihentikan dan perlu diambil tindakan yang dibuat oleh pemilik yang baru.

2) Kes ini menunjukkan pencerobohan yang berterusan oleh pihak defendant, maka tindakan yang baru daripada pemilik tanah yang baru perlu diambil terhadap defendan.
3) Plaintif tidak perlu membuktikan bahawa berlaku kerosakan terhadap tanah plaintif kerana ia adalah actionable per se/ tindakan yang berlaku dengan sendirinya
.4.0 PANDANGAN ISLAM DALAM KES PENCEROBOHAN

4.0.1.
Merujuk kepada hadis:
( عن عطا عن رافع بن خديج قال: قال رسول الله (ص ) : من زرع في ارض قوم بغير إذنهم فليس له من الزرع شيء وترد عليه نفقته)
Maksudnya: Daripada Ata’ daripada Rafi’ bin Khadij meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa menanam di atasa tanah milik orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada mereka , maka dia tidak berhak mendapat hasil tanaman itu tetapi diberikan kepadanya (pihak yang menanam tanaman itu) kos penanaman tersebut.
     Hadis ini jelas menunjukkan seseorang tidak dibenarkan menceroboh atau meletakkan sebarang objek ke atas tanah milik orang lain tan\pa mendapat kebenaran daripada pemilknya terlebih dahulu. Jika dia tetap melakukannya iaitu menggunakan tanpa izin pemiliknya, dia dikira telah melakukan kesalahan pencerobohan dan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang
Merujuk kepada kaedah fiqh:
(لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير بلا إذنه)
Maksudnya: Seseorang itu tidak boleh menggunakan harta milik orang lain tanpa mendapatkan kebenarannya.
     Oleh itu, seseorang tidak boleh memasuki rumah atau ladang milik orang lain tanpa mendapat kebenaran daripada pemiliknya terlebih dahulu. Jika dia melakukan tindakan sedemikian, dia dikira sebagai penceroboh.
Sesuatu tindakan itu dikira sebagai pencerobohan jika seseorang defendan:
a)Meletakkan seseuatu benda di atas tanah milik palaintif
b) Menyebabkan sebarang benda berbahaya bergerak melepasi sempadan tanah milik palintif
c)Menyebabkan sesuatu benda menyentuh tanah milik seseorang sekalipun benda tersebut tidak melepasi sempadan tanah itu.
     Antara contoh bentuk pencerobohan ini adalah mencondongkan tangga, sebuah binaan atau papan kearah ruang udara tanah milik seseorang atau menyebabkan sesuatu tumbuh-tumbuhan tumbuh di atas tanah milik seseorang.
     Kes ini juga boleh dirujuk dengan kes yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W di mana sepohon pokok kurma milik seseorang telah tumbuh di atas tanah milik seseorang yang lain. Pemilik tanah itu berasa tidak senang hati apabila tuan punya pokok kurma itu memasuki kawasan tanahnya untuk mendapatkan buah kurma. Kemudian pemilik tanah mengadu hal itu kepada Rasulullah S.A.W. Baginda meminta supaya tuan punya pokok itu memindahkan pokoknya , tetapi dia enggan. Lalu baginda meminta pokok itu disedekahkan kepada pemilik tanah, tetapi dia tetap enggan. Maka Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Engkau telah membuat kemudaratan, pergi( wahai tuan tanah)dan cabutkan pokok kurma itu."
"islam untuk semua, indahnya Islam"

Sunday, September 6, 2009

edited_pictures....(^-^)




Saturday, September 5, 2009

kisah seorang tukang kayu...

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima upah lagi sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu. Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata,

"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."


Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI.

Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Sematkan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

sumber: iluvislam.com

salam 'alaik...
buat semua saudara2ku, kutahu bahawa saat ini amat genting untuk semua. mid-sem, quiz, assignment, presentation dan pelbagai lagi mula mengejar kita sehinggakan terasa masa itu amat pantas berlalu. kepenatan juga sering mengiringi menyebabkan produktivti di dalam kuliah itu amat kurang...tapi bersabarlah. ingat, perjuangan ini adalah nombor satu tetapi study bukan nombor dua. seiringkanlah keduanya...

Friday, September 4, 2009

Wajarkah kepala lembu dijadikan alat demonstrasi?


Islam merupakan agama fitrah. Fitrah untuk seluruh ummat.Melihat pada realiti setempat, namun hukum Allah tetap tidak berubah. Haram tetap haram. Tsabat, tajarrud. Islam juga memberi keadilan dan kebajikan kepada semua kaum. Buktinya, Islam meraikan semua budaya, tidak hanya memberi kuasa hanya kepada kaum Melayu sahaja. Semua kaum dapat hidup dengan selesa ttapi apabila ada sesetengah kaum Melayu Islam yang tidak faham akan konsep indahnya Islam, berlakulah peristiwa sebegini, tidak menghormati agama lain, menjadikan kepala lembu yang di anggap suci oleh agama hindu itu sebagai alat demonstarasi. Kepentingan politik diletakkan dihadapan. Adab yang dituntut dalam agama Islam dibelakangkan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al An'am ayat 108 yang bermaksud:

108. dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

Isunya adalah rentetan dari pemindahan tapak kuil lama dari Seksyen 19 kepada Seksyen 23 Shah Alam.Tindakan yang boleh menimbulkan isu perkauman dan menghina agama lain menimbulkan impak yang besar terhadap kepercayaan kaum lain kepada "golongan ini". Saya percaya, rakyat sekarang sudah celik dan jelik dengan perangai kebudak-budakan ini. Malah budak-budak pun tahu menghormati agama lain kerana sudah terdidik dan fitrah yang sudah terpasak dalm diri mereka.

Sebagai mahasiswa, saya amat sedih dan kecewa dengan isu ini. Saya terfikir, bagaimanalah perasaan rakan-rakan penganut Hindu.Mereka juga mempunyai perasaan, tapi tidak sama denagan perasaan manusia yang membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan perkauman dan penghinaan kepada agama lain. Ironinya, kenapa wajah-wajah semburan FRU tidak ada semasa kejadian yang mengaibkan itu?. Sedangkan demonstrasi aman yang dibuat oleh PAS, atau PAKATAN RAKYAT teruk dihujani degan semburan yang amat memedihkan sehinggakan makin menimbulkan perasaan bencinya masyarakat kepada wajah-wajah "kebapaan" FRU.

Saya menyeru, kembalilah kepada Islam yang sebenar, yang penuh dengan didikan yang sempurna kepada semua kaum.