CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 7, 2010

kerana engaku insan terpilih

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..

Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

dipetik daripada : www.iluvislam.com


Sunday, January 3, 2010

tapi itu semalam

salam.

baru-baru ni sempat la mngikuti satu kursus. and puisi ni dicipta khas utk mereka2 yg berucap di hdpn sy dgn smgt yg sgt brkobar2 utk mnjtuhkan ank muda skrg.

semalam,
saat orang muda berjuang demi hak
mereka turun dan ikut menyertai
melawan demi hak yang mereka inginkan
Tapi itu semalam...

semalam,
apabila orang mengkritik
merekalah pejuang yang tiada tandingan
mencantas setiap dusta dengan pedang lisan
Tapi itu semalam...

semalam,
apabila disuakan segala rasuah
mereka menolak dengan sekeras-kerasnya
menetapkan pendirian di atas jalan yang satu
Tapi itu semalam...

kini,
perjuangan itu ditentang mereka
kononnya semuanya sia-sia
dusta itu direka mereka
katanya kitalah penderhaka
rasuah itu dikatakan hadiah sahaja
kerana butanya mata

kini,
kerana pangkat, harta dan kuasa
semalam hanya sejarah lama
kini adalah perubahan demi jiwa yang fana...

-hanya yang mengerti akan memahami-

Saturday, January 2, 2010

selamat hari ulang tahun untuk aida dan sahila


Friday, January 1, 2010

Antara kaffarah, bala', dan ibtila'


Sudah agak lama usrah khazinatul asrar tidak bertemu mata dalam keadaan kami merancang untuk berusrah.Alhamdulillah, dicelah kesibukan anak-anak usrah yang sibuk dengan gerak kerja Islam, kami sempat juga mencari masa untuk kami berkumpul kerana Allah, memenuhi sunnah Nabi Muhammad S.a.w.Perasaan sayang dan rindu kerana Allah lahir apabila ikatan ini diribath dengan ribath akidah.

Tarbiyyah Jasadiyy

Memandangkan masa kami usrah adalah jam 7 pagi, kami mulakan usrah kami dengan saling memberi peringatan. Sebaiknya, setiap perjumpaan ,kita disarankan untuk saling memberi peringatan walau perjumpaan itu hanya dalam satu saat.Selepas itu, kami memberi hak kepada jasad kami dengan warming up dan jogging di padang di hadapan KDO.
Isu gula

Gula? Antara isu semasa yang dibincangakan ialah isu gula. Nampaknya, semua peka dengan isu semasa.Tahniah kepada kerajaan yang dicintai.Ye, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", Tindakan mestilah selari dengan kata-kata. Terbukti kerajaan memang selari.Rakyat didahulukan dengan mendahulukan rakyat untuk mencintai hutang. Mendahulukan rakyat dengan menjaga kesihatan, mendahulukan "rakyat" yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin akan menjadi lebih miskin, mendahulukan rakyat yang menyokong kepada kerajaan kepada tidak menyokong kerajaan, dan mendahulukan rakyat yang yang membangkang kerajaan akan lebih membangkang kerajaan memandangkan tindakan kerajaan yang sering mendahulukan rakyat untuk mengecapi kekacauan fikrah kerajaan. Betapa merananya rakyat apabila kerajaan bertindak zalim sebegini.
Ujian Allah

Setiap hamba Allah akan diuji mengikut kudrat masing-masing. 'Purse" hilang, duit dalam bank rm 2000 lesapkerana lambat lapor pada bank, kesihatan orang tua dan diri sendiri, pointer,kemampuan menerima jawatan, kawan-kawan, sahabat, gerak kerja yang berlambak-lambak, adakah ini satu kaffarah,atau bala, atau ujian?Kaffarah adalah balasan terhdap dosa-dosa yang lepas dan untuk menyucikannya. Ini kerana, Allah sayangkan si dia yng sedng dijui dengn mebersihkan dosa-dosa. Bala pula diberi kepada hambanya yang membuat dosa dan dijadikan untuk peringatan, manakala ibtila pula ialah ujian yang diberikan daripada Allah kepada hambaNya membuatt kebaikan , dan dalam masa yang sama, Allah mengurniakan si hamba yang dipilihnya untuk menguatkan lagi hambaNya. Seandaianya kita betul beriman kepada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah, yakin bahawa tidak ada musibah yang diberi oleh Allah melainkan dengan izinNya, Allah akan mengurniakan si hamba ini perasaan tenang dalam keadaan tepandu untuk menghadapi mehnah-mehnah yang dilalui. (rujuk surah al Taghabun: 11).

Isi jasmani

Selebihnya, saya serahkan pada anak-anak usrah menyambung isu-isu yang dibincangkan.::) Pada akhir usrah, kami bergerak ke kafe kdo untuk isi jasmani dengan sarapan pagi bersama. Sisa-sisa semester akhir yang masih berbaki hanya beberapa bulan lagi,sudah saya dapat rasai bahangnya.Moga Allah tsabatkan kami di atas jalanNya. Wallahu a'lam.
"islam untuk semua, indahnya Islam"